Ini Komen KJ Terhadap Kenyataan Tajuddin 'Kerajaan Kristian DAP'


Ini Komen KJ Terhadap Kenyataan Tajuddin 'Kerajaan Kristian DAP'. Netizen: "politik kolot YB Pasir Salak... buat rakyat Malaysia meluat, tak sedar diri... kononnya jaguh... macam ni yang berhormat!????" Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah mengutuk penggunaan Umno menggunakan retorik perkauman dan agama, seperti memberi amaran terhadap ancaman "DAP Kristian". "Ini adalah dilema eksistensi Umno sekarang. Ada yang masih menggunakan retorik seperti DAP Kristian dan sebagainya. Tetapi ada yang masih waras," kata Khairy di Twitter. Dia memberi respons kepada pengguna media sosial yang menggesa beliau untuk memberi nasihat kepada para penyokong Umno yang menggunakan retorik perkauman dan agama. 

Malam tadi, pada akhir kempen untuk pilihan raya kecil Sungai Kandis, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menggesa pengundi tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh "Kristian". Tajuddin juga mendakwa bahawa ahli politik DAP Kristian menggunakan jawatan mereka dalam kerajaan untuk menginjil. Antara yang dinamakannya ialah pemimpin DAP Lim Guan Eng, Anthony Loke, Teresa Kok, Hannah Yeoh, dan Tony Pua.

Ditanya bagaimana beliau akan mengatasi masalah dilema Umno, kata Khairy dalam tweet susulan bahawa beliau akan merekrut ahli politik baru dengan pandangan dunia yang progresif, dan menganjurkan pendidikan semula politik yang komprehensif kepada anggota sedia ada.

Sumber : dharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==