Mari berbahas di Dewan Rakyat - Saifuddin Nasution

BALIK PULAU: Datuk Seri Najib Razak diminta hadir ke sesi Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini bagi membolehkan beliau membantu kerajaan berbahas mencari penyelesaian berkesan untuk kebaikan rakyat khususnya dalam isu menangani kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kementerian berterima kasih atas keprihatinan Najib kerana menyuarakan kesengsaraan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung rakyat.
Beliau berkata, walaupun kenaikan kos itu sebenarnya berpunca daripada pentadbiran kerajaan terdahulu namun pihak kerajaan hari ini bersedia menjawab dan memberi penjelasan dengan jawapan yang munasabah.
"Selama sembilan tahun memerintah, terlalu banyak kerosakan yang berlaku dan memaksa kerajaan hari ini membetulkannya semula termasuk isu kenaikan kos sara hidup ini.
"Apa yang ingin saya jelaskan, penyumbang peningkatan kos sara hidup bukan hanya tertumpu pada barangan dan makanan tetapi ada lima hingga enam perkara lain termasuk perumahan, pendidikan, utiliti dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib mengenai harga barang tidak turun biarpun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berada pada kadar sifar.
Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ditemui pada Program Lawatan dan Ziarah beberapa peniaga kecil di sekitar daerah Barat Daya, di sini, hari ini.
Najib semalam dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) pernah memberi amaran terhadap bahaya perubahan sistem cukai secara sewenang-wenang yang boleh memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.
Najib berkata kesan itu boleh dilihat apabila harga barangan tidak turun walaupun kadar GST disifarkan.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak harga barangan menerusi aplikasi Paparan Harga yang dibangunkan sejak tahun lalu.
"Melalui aplikasi itu,pengguna boleh mengetahui paparan harga barang dan lokasi kedai yang mana jika ada peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati, mereka boleh membuat aduan supaya tindakan dapat diambil," katany
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==