Syed Saddiq bangga pencapaian 'Anak Harimau'

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berbangga dengan kejayaan skuad bawah 19 (B-19) tahun negara yang menjulang Piala AFF U-19 buat kali pertama, sebentar tadi.

Skuad kendalian Bojan Hodak mencipta kejayaan manis di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya selepas menundukkan Myanmar 4-3 di pentas final.
Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya menyifatkan penantian rakyat Malaysia untuk melihat skuad muda negara merangkul kejuaraan peringkat Asia Tenggara itu berbaloi selepas gagal dalam lima final sebelum ini.
"Sebelum ini, lima kali kita tewas di pentas final dan buat kali ke-6 kita adalah juara!," kata Syed Saddiq.
"Nama mereka akan tercatat dalam buku sejarah. Sejarah tercipta! Tahniah Harimau Muda. Anda buat kami semua bangga."
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah muncul naib juara sebanyak lima kali pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan tahun lalu.
Selain kejuaraan sulung, ia juga hadiah paling bermakna buat presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang sah menduduki kerusi nombor satu itu, hari ini. 
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==