Lelaki ceroboh kawasan istana ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan ketika menceroboh kawasan Istana Bukit Serene, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata suspek ditahan pada jam 11.15 malam selepas memandu masuk Toyota Hilux ke kawasan istana.
"Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 KK dan Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata statistik menunjukkan terdapat sembilan kejadian membabitkan pencerobohan kawasan istana di negeri ini sepanjang tahun lalu hingga semalam.
Berikutan itu katanya, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor memandang berat perkara ini.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh tempat-tempat diisytiharkan sebagai kawasan larangan.
"Ia termaktub dalam Seksyen 8 akta sama yang mana tiap-tiap kesalahan mengikut akta ini boleh ditahan dan tidak boleh dijamin," katanya.
Mengulas lanjut katanya, mengikut Seksyen 9 akta sama, pihak penguat kuasa boleh menahan sesiapa sahaja jika perlu.
"Ia merangkumi ketika melaksanakan penahanan itu boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kematian," katanya.
Peruntukan undang-undang ke atas perbuatan menceroboh kawasan larangan katanya jelas menunjukkan kesalahan yang berat.
"Pihak penguat kuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang terbabit dalam kesalahan Akta Kawasan Larangan 1959," katanya.
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==