Israel serang seluruh Gaza, 4 penduduk Palestin terbunuh

GAZA: Zionis melancarkan serangan menggunakan pesawat dan kereta kebal, semalam dengan menyasarkan banyak lokasi di seluruh semenanjung Gaza, selepas mendakwa ada tembakan dilepaskan ke arah tentera di sempadan, kata Israel.

Hamas berkata, tiga anggota sayap tenteranya terbunuh, sementara seorang lagi penduduk Palestin yang menjadi mangsa keempat ditembak mati ketika tunjuk perasaan di sempadan, kata Kementerian Kesihatan Gaza.
"Tembakan dilepaskan ke arah tentera, ketika tunjuk perasaan baharu di sempadan dan sebagai tindak balas pesawat dan kereta kebal tentera menyerang sasaran di seluruh semenanjung Gaza," menurut tentera Israel.
Dua penduduk Palestin terbunuh dalam serangan di timur Khan Yunis, selatan Gaza, sementara seorang lelaki Palestin ditembak mati Zionis di timur Rafah, kata kementerian itu.
Sayap ketenteraan Hamas menamakan tiga mangsa yang dibunuh sebagai Shaban Abu Khatar, Mohammed Abu Farhana dan Mahmoud Qushta sambil berkata, mereka adalah pejuang.
Penduduk Palestin keempat yang terbunuh dikenal pasti sebagai Mohammed Badwan, kata kementerian. - AFP
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==