Doktor maut kereta terbabas



JEMPOL: Seorang doktor maut apabila kereta dipandunya terbabas di kilometer Jalan Palong Sembilan, 10 dan 11 di sini, jam 9.35 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata mangsa, Azimuddin Ismail, 29, dan berasal dari Kajang, Selangor dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan FELDA Palong.


Katanya, mangsa yang memandu PERODUA Viva dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.
"Siasatan mendapati mangsa gagal mengawal keretanya lalu berpusing beberapa kali dan terbalik di kanan jalan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dihantar ke Hospital Jempol dengan ambulans sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan," katanya.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, ketika kejadian permukaan jalan kering dan tidak sibuk.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==