[UPDATE] MB Perak akan jumpa Mufti...

MENTERI Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bagi menerangkan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) terbabit.

“Saya perlu berjumpa dengan mufti untuk menerangkan pendirian kerajaan berkenaan dengan UEC.
“Perkara ini sebenarnya sudah diputuskan dan dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sewaktu kami berkempen dalam pilihan raya umum (PRU14) baru-baru ini dan janji pada orang ramai perlu ditunaikan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani yang melahirkan rasa dukacita dengan cadangan kerajaan negeri untuk mengiktiraf UEC.
Katanya, ramai tidak memahami maksud sebenar pengiktirafan UEC dan menegaskan ia boleh diiktiraf, namun dengan syarat perlu sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu.
“Itu yang kita mahu supaya semua rakyat Malaysia terutama penjawat awam boleh berbicara, menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu di mana ia amat penting.
“Bagaimanapun, kerajaan juga berpendapat tidak perlu mengekang mana-mana pihak yang memegang sijil UEC ini untuk mendapat peluang sewajarnya termasuk bertugas sebagai penjawat awam,” katanya.

Sumber : HMetro
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==