TIDAK SANGGUP BERDEPAN ALLAH JIKA MUNGKIRI JANJI – NAJIB

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sanggup untuk berdepan dengan Allah sekiranya beliau gagal dan memungkiri janji kepada rakyat Malaysia, termasuk untuk melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang dijanji dalam manifesto pilihan raya.

Kata beliau, disebabkan itu manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibuat mengikut yang termampu dan tidak menjanjikan perkara yang sukar dilaksanakan.
Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka seperti termaktub di dalam manifesto dan mahu rakyat jangan menerima kurang daripada apa yang telah dijanjikan.
“Semasa menjadi Perdana Menteri, saya hanya membuat janji apa yang kerajaan mampu lakukan.
“Saya tidak sanggup berdepan Allah kalau gagal dan memungkiri janji kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis sambutan hari lahirnya yang ke-65 dan majlis meraikan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini malam ini.
Sumber : wowberita
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==