TERKINI: Korban empangan runtuh sudah 26 orang

ATTAPEU: Penyelamat menemui 26 mayat dan ratusan penduduk masih hilang, selepas sebuah empangan runtuh menenggelami beberapa perkampungan di selatan Laos, ketika mangsa terselamat mempersoalkan mengapa mereka tidak menerima amaran mengenai banjir itu.

Dua kontraktor Korea Selatan berkata, mereka melaporkan kerosakan itu sekurang-kurangnya sehari, sebelum beberapa bahagian empangan Xe-Namnoy roboh, kelmarin dan menyebabkan limpahan air.
Pegawai konsular Thailand, Chana Miencharoen yang berada di lokasi usaha menyelamat di wilayah Attapeu memaklumkan menjelang lewat tengah hari tadi 26 mayat ditemui.
"Seramai 17 mangsa lain cedera dan sudah dihantar ke hospital," katanya sambil menambah banjir paras bumbung menjejaskan usaha di lokasi miskin pedalaman di negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai pantai. - AFP
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==