Polis cari saksi pendakwaan

ALOR SETAR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang mencari individu yang juga saksi pendakwaan untuk menghadiri perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi (2) Alor Setar pada 31 Julai dan 1 Ogos ini.

Menurut kenyataan IPD Kota Setar, wanita terbabit, Noor Hasnida Mohamad Yusof, 39, yang berasal dari Kedah dikehendaki hadir ke mahkamah bagi membantu memberi keterangan di Mahkamah Tinggi (2) Alor Setar berkaitan dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Wanita terbabit yang tidak bekerja, beralamat di 33 Jalan Mawar 4/3 Persiaran Amanjaya 4 Bandar Amanjaya Sungai Petani dengan alamat terakhir di No 4868 Lintasan Padang Kampung Tersusun Batu 6, Ulu Kinta, Perak.
Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Teen ditalian 012-3921117.
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==