Mana RM100 penjawat awam

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan perlu bersikap lebih telus dengan menjelaskan kepada rakyat ke mana RM100 yang ditarik daripada peruntukan asal buat penjawat awam yang diluluskan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong dalam Bajet 2018.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata,  Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM500 telah disediakan oleh kerajaan terdahulu untuk diberikan kepada kakitangan awam dan mengapakan RM100 daripada jumlah tersebut perlu ditarik.
Beliau turut mempersoalkan, mengapa bayaran dikurangkan sebanyak RM100 yang sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat kerana ia adalah kegunaan orang ramai untuk menyambut Aidilfitri.

"Bonus tersebut telah dibentangkan pada Oktober 2017 dan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 bertarikh 13 Disember 2017 yang dinyatakan dalam portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM500 perlu dibayar pada 7 Januari 2018 kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan.
"Baharu-baharu ini  penjawat awam gred 24 ke bawah sekadar menerima RM400 sahaja seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbanding bajet asal yang diluluskan kepada semua gred yang melibatkan 1.2 juta penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan saguhati  Aidilfitri kepada penjawat awam Gred DG41 dan ke bawah ialah RM400 serta bagi pesara RM200.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit mempersoalkan mengapa kerajaan  tidak mempunyai sebarang pelan sementara yang khusus bagi mengelakkan pengurangan  bayaran khas itu.

"Persoalan ini juga turut dibangkitkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda di mana menerusi pemerhatian pihaknya, kerajaan PH telah memotong RM100 dari jumlah sebenar yang dibentangkan kerajaan terdahulu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sampai bila isu hutang negara kononya mencecah RM1 trilion yang ditokok tambah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada melihat PH menunaikan manifesto mereka.

Sumber : Sharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==