Duterte cabar buktikan Tuhan wujud

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini menyebabkan kekecohan kerana mengatakan Tuhan bodoh, mencetuskan kontroversi terbaru di negara penganut Roman Katolik terbesar itu dengan mengatakan beliau bersedia meletak jawatan jika ada individu boleh membuktikan kewujudan Tuhan.

Agensi berita AP melaporkan, dalam ucapannya petang semalam, Duterte berkata beberapa prinsip asas kepercayaan penganut Katolik, antaranya konsep dosa asal, termasuk bayi yang tidak bersalah hanya dapat dihapuskan menerusi pembaptisan.
"Dimanakah logiknya Tuhan di situ," soal Duterte.
Katanya, beliau sedia meletak jawatan jika ada 'seorang saksi tunggal' yang boleh membuktikan, mungkin dengan gambar, hingga membolehkan kita melihat dan bercakap dengan Tuhan.
Minggu lalu, Duterte dikecam hebat kerana mengatakan Tuhan 'bodoh' menyebabkan seorang paderi Katolik menggelar beliau 'gila'. - Agensi
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==