Dipenjara empat tahun hina Islam

MEDAN: Seorang penduduk Kristian Indonesia dipenjarakan empat tahun kerana kenyataannya di Facebook yang menyamakan Nabi Muhammad dengan babi dalam sabitan terbaru menurut undang-undang kontroversi ucapan berunsur kebencian.

Puluhan penganut Islam bersorak dan melaungkan 'Allahu Akbar' apabila mahkamah di Sumatera mendapati Martinus Gulo menunjukkan permusuhan terhadap penduduk Islam dalam kenyataan itu, yang turut menuduh Rasulullah membenarkan kekejaman.
Mahkamah Medan, semalam mengarahkan penuntut universiti berusia 21 tahun itu membayar denda satu bilion rupiah (RM283,000) atau dikenakan penjara tambahan enam bulan.
"Mendapati defendan bersalah kerana menyalah guna maklumat dengan menghina umat Islam menerusi akaun Facebook, saya menjatuhkan hukuman empat tahun penjara," kata hakim Saidin Bagariang.
Gulo disabitkan bersalah menurut undang-undang transaksi dan maklumat elektronik Indonesia, yang menjadikan tindakan menyebarkan 'kebencian atau permusuhan' terhadap individu atau kumpulan berdasarkan agama atau keturunan sebagai satu jenayah.
Gulo ditahan Mac lalu selepas anggota Barisan Pertahanan Islam melaporkan kenyataan itu kepada polis. - AFP
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==