Jangan kebumi di sini!

SURABAYA: Penduduk di Surabaya yang berang dengan gelombang serangan berani mati di bandar itu yang mengorbankan 12 orang, enggan membenarkan penyerang nekad terbabit dikebumikan di kejiranan mereka.
Serangan di gereja dan sebuah balai polis oleh dua keluarga - termasuk dua budak perempuan berusia sembilan serta 12 tahun - menggemparkan negara itu baru-baru ini. Polis berkata, mereka dan satu lagi keluarga anggota kumpulan mengaji sama dan dikaitkan dengan rangkaian pelampau tempatan yang beroperasi di bandar kedua terbesar Indonesia itu.
Keluarga penyerang terbabit tidak menuntut mayat mereka menyebabkan polis memutuskan melakukan pengebumian di tanah perkuburan tempatan, tetapi dibantah keras penduduknya.
Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin berkata: "Kami terpaksa menangguhkan pengebumian mereka."
Sementara itu, pegawai tempatan, Yunus berkata: "Saya faham perasaan mereka semua. Keluarga mereka sendiri tidak mahu menuntut mereka, jadi kenapa pula mereka patut dikebumikan di sini?"
Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini berkata, dia menghubungi Majlis Ulama Indonesia untuk mendapat pandangan mereka mengenai apa yang perlu dilakukan dengan jenazah berkenaan. - AFP
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==