Lebih 100 lubang digerudi selamat budak terperangkap

MAE SAI: Lebih 100 lubang bersaiz 'serombong asap' digerudi di bahagian tepi sebuah gunung dalam usaha mengeluarkan sekumpulan pemain bola sepak remaja Thailand yang terperangkap di dalam gua yang banjir, kata ketua misi menyelamat hari ini.

Usaha menyelamat yang tidak pernah dilakukan itu cuba mencari laluan baru untuk mengeluarkan kumpulan remaja dan jurulatih mereka dari atas sekiranya ruang gua terus banjir dan terlalu berisiko untuk menyelam keluar melalui laluan gua yang sempit dan ditenggelami air.
"Sebahagian lubang serombong yang digerudi mencecah sehingga 400 meter dalam, tetapi penyelamat masih lagi gagal mencari lokasi mereka," kata Narongsak Osottanakorn kepada wartawan.
Tambah Osottanakorn, misi itu tidak mempunyai teknologi untuk menentukan di mana mereka berada.
"Kami menganggarkan mereka berada 600 meter di bawah, tetapi kami tidak tahu lokasi mereka yang tepat," katanya.
Mengenai persoalan penurunan paras oksigen di dalam gua, beliau berkata penyelamat berjaya mewujudkan satu saluran untuk mengepam udara segar selain mengeluarkan pekerja yang tidak perlu dari ruang ketiga, iaitu pangkalan utama penyelamat untuk mengekalkan keseimbangan di dalam gua.
Pasukan bola sepak remaja yang dikenali sebagai 'Wild Boar' itu terperangkap di dalam kompleks gua Tham Luang, Chiang Rai sejak dua minggu lalu. - AFP
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==