Jho Low hilang lagi?

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa, dipercayai sudah meninggalkan Macau atau membuat permohonan suaka dari wilayah itu.

Portal akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan, sumber menyebut Jho Low mungkin menjadikan kota raya terbabit sebagai tempat perlindungan susulan perintah ekstradisi kerajaan Malaysia.
Mengikut sumber, tempoh maksimum 30 hari yang dibenarkan buat Jho Low tinggal secara sah sudah berakhir dan satu-satunya pilihan yang ada ialah membuat permintaan suaka dengan pihak imigresen Macau.
"Khabar angin mengenai Jho Low berada di Macau tersebar sejak lebih sebulan lalu dan ia logik kerana walaupun Malaysia hanya mempunyai perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) Hong Kong tetapi tidak dengan Macau.
"Bagaimanapun, Jho Low tidak boleh menetap di Macau melebihi 30 hari dan jika beliau didapati keluar masuk ke Macau berulang kali, pihak berkuasa akan menghalangnya menerusi kemasukan kali ketiga.
"Tempoh maksimum untuk berada di Macau adalah tujuh minggu, namun berdasarkan laporan mengatakan beliau berada di kota raya itu sejak sekian lama, tempoh berkenaan semestinya sudah berakhir," kata laporan yang memetik sumber keselamatan dalaman.
Sumber terbabit berkata, Jho Low tidak boleh lagi berada di Macau kecuali membuat permohonan suaka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa imigresen Macau belum memberi maklum balas berhubung kemungkinan permohonan suaka yang dibuat Jho Low.
Sumber : Bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==